Catch Me If You Can !!



Wednesday, July 29, 2009
news

Aku Tulis Blog Nih Pada 10:27 pm
Nak Komen??Klik Sini..  

News


Aku Tulis Blog Nih Pada 10:16 pm
Nak Komen??Klik Sini..  

Friday, July 17, 2009
Rahsia manggis

Rahsia Manggis

 

PRODUK �KILLER� VeMMa adalah berasaskan buah Manggis. Kenapa dengan MANGGIS??

                                              


- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the �King of Fruits� tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the �Queen of Fruits�?

- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?

- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.

- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.

- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.

- Jadi, nampak tak kandungan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal the goodness of other fruits, tak sangka our local fruit is the champion of all fruits. Well done manggis, well done.

sumber: hazrul daud (vleader malaysia)

Aku Tulis Blog Nih Pada 07:18 am
Nak Komen??Klik Sini..  

Thursday, July 16, 2009
Rawat Penyakit dan buat Duit ( Vemma )

A

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Saya Azri  dan disini saya ingin menerangkan tentang bagaimana Program Vemma ini dijalankan dan apakah yang kita perlu buat untuk menambahkan pendapatan kita.

 

Saya harap selepas email ini marilah kita sama2 menjadi ahli Vemma dan menjaga kesihatan kita disamping peluang menambahkan pendapatan kita.

 

Vemma mengajak kita untuk menyertai Vemma Nutrition Program dimana program ini mewajibkan kita untuk membeli product Jus Manggis Vemma.Jadi kita beli package2 Vemma,minum jus manggis setiap hari dan kita diberi peluang untuk menambah pendapatan kita dengan cara mengajak orang ramai menyertai Vemma Nutrition Program.

 

Di sini kita akan dibantu oleh system yang dipanggil vemmabuilder dimana system ini akan membantu kita dalam menghasilkan jualan dan juga system ini menguruskan downline2 kita untuk dikongsi bersama-sama.

 

Contohnya:

 

Website vemmabuilder saya ialah http://www.vemmabuilder.com/22076948

Jadi mana2 orang mendaftar di laman website saya secara automatic system vemmabuilder akan keep in touch dengan prospect2 anda.Mereka akan menerima email daripada vemmabuilder selama 90 hari.

 

Jadi disini mana2 prospect yang mengambil peluang oppurtunity ini akan upgrade to member dan anda akan dapat BONUS2 daripada vemma & Vemmabuilder.

 

1 - Fast Start Bonus

Bonus2 ini sekitar USD10 - USD400 dan dibayar secara mingguan terus ke Bank account anda.

 

2 - CV Sharing Bonus

System ini juga akan membantu untuk menyusun downline2 kita dan kita berkongsi CV sharing point yang sememangnya lumayan untuk jangka masa panjang.Kita akan dibayar sekitar USD35 = 540CV dan jumlah CV adalah dikongsi beramai2 jadi bayangkan banyak mana CV kita yg dikongsi.

 

3 - Bonus2 lain untuk keahlian Ultimate Sahaja (Bonus 3 - Bonus 10)

Sekiranya anda seorang ahli Ultimate,maka anda akan layak untuk bonus2 seterusnya daripada Vemma.Jadi amat penting untuk anda mengetahui kepentingan Ultimate Package jadi jika anda seorang yg berpikiran usahawan,usah ragu2 untuk menjadi Ultimate member.Jangan risau kerana orang yg betul2 serius dalam business ini sahaja yang akan mengambil Ultimate Package dan ramai org2 yg pandai mengambil peluang.Jadi teruskan menjadi Ultimate member.

 

Jadi bagaimana?

 

Amat mudah sekali untuk mendapat BONUS2 daripada Vemma disamping kita dapat menjaga kesihatan kita.Anda mahu BONUS lagi?Teruskan membaca.

 

BONUS Khas Vemmabuilder.

 

Disamping kita mendapat BONUS daripada Vemma,system Vemmabuilder juga akan memberi BONUS kepada anda seperti berikut:

  • Anda recruite new member utk menyertai Vemma Nutrition Program 3 orang atau lebih seminggu maka anda secara automatic layak untuk mendapatkan BONUS USD100 - USD750.Jadi target 3 org seminggu atau lebih.
  • Vemmabuilder service charge USD19.95 anda juga akan dapat PERCUMA pada bulan hadapan jika anda recruite new member 5 orang sebulan atau lebih jadi target lebih daripada 5 org sebulan.

Jadi mengapa lagi masih ragu2?

 

Vemma adalah satu2nya program yang memang menguntungkan dan dibayar secara mingguan semua dalam USD.

 

Tugas anda juga amat mudah hanya promote dan iklankan laman website anda di Internet jadi disini kita tidak mencari orang.Orang yang akan mencari kita dan mencari Opprutunity jadi tugas anda amat mudah untuk mendapat keuntungan.

 

Jangan ragu2 kerana anda berkongsi Jus Kesihatan Vemma dan memberi peluang untuk orang ramai membuat duit jadi anda sebenarnya berkongsi keuntungan dengan mereka.

 

Jika anda betul2 faham dengan konsep yang simple ini amat mudahlah anda membuat duit daripada Program Vemma ini.Jadi marilah kita bersama2 menjaga kesihatan sambil menjana pendapatan di bulan dan tahun yg penuh mencabar ini.

 

Business Vemma amatlah simple jadi mengapa anda membuatkannya complicated?

  • Anda jadi member
  • Sertai Nutrition Program
  • Promote untuk org ramai menyertainya juga.
  • Tunggu Bonus di akhir minggu

Semudah A,B,C jadi teruskan menyertai Nutrition Program dan jana pendapatan anda sekarang.

 

Saya akan terus membantu anda semua step2 membuat iklan di internet,membuat blog utk anda jika mahu (dengan bayaran murah) seterusnya mendapat keuntungan daripadanya.





Cepat !!! sertai kami menjadi salah seorang ahli Vemma dan anda pasti tidak akan menyesal...

 
Nama Pertama :    
Nama Terakhir :    
No. HP :    
em@il Anda :    
Confirm Email:    
Negara :    
Memperoleh Pendapatan :    
  Pastikan anda mengisi sepenuhnya BUTIRAN pada borang yang disediakan        

P.S - Selepas pendaftaran, kami akan emailkan kepada anda langkah seterusnya dan juga beberapa fail untuk anda download kemudian terus mulakan kerja hanya dari rumah anda!

P.P.S - Awas, ini bukan skim cepat kaya, namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, anda boleh cepat kaya!

 

Aku Tulis Blog Nih Pada 10:30 am
Nak Komen??Klik Sini..  

Thursday, April 06, 2006
Teori Cinta

"Bayangkan yang pada suatu hari, kita bangun dari tidur dan mendapati katil yang kita baring semalam dah tak ada.

Bilik yang kita berada semalam juga sudah tak ada. Semua benda yang boleh kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.

Bayangkan kita sekarang bangun dari tidur dan mendapati yang kita kini berada di dalam sebuah tempat yang tiada apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat dan rasa walau secebis cahaya sekalipun dan sejasad zarah. Perkataan fizikal tidak wujud langsung dalam tempat itu. Inky void, empty space, kosong, absolute zero, gelap dan vacuum.

Apa perasaan kita ketika itu?

Sekarang, bayangkan dari suatu arah tiba-tiba kita nampak katil yang kita baring semalam. Kita hanya boleh nampak tetapi kita tak tahu macam mana nak pergi ke katil tersebut. Kita berusaha – berusaha – dan terus berusaha tetapi masih juga tak dapat nak sampai ke katil itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan hilang dari pandangan.

Adakah kita yang semakin hanyut dan menjauhi katil itu atau sebenarnya katil itu yang bergerak meninggalkan kita jauh - jauh dan semakin jauh atau masing-masing menjauhi diri antara satu sama lain. Dapatkah kita tahu?

Sebenarnya kita tak akan dapat tahu samada katil itu yang hayut menjauhi atau kita yang meninggalkan katil itu jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita tahu sekarang ialah katil itu dan kita dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang pastinya masing-masing sudah menjauhi dari diri masing-masing; itu yang pastinya. Isaac Newton mengatakan itu dalam teori graviti'nya.

Dan pada aku teori itu padan dengan kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama graviti yang membuatkan kita terus kekal berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup jadi macam tak ada apa-apa makna. Berdiri dalam ruang gelap yang kosong sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek yang berada disekeliling, kita tak mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk merasai dan bagaimana pula untuk mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan antara dua insan tak mungkin berlaku dan tarikan pen'dekat'an atau pen'jauh'an juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah peliknya mengenai cinta.

Memetik kata-kata oleh seorang ahli matematik Perancis, Blaise Pascal: "The heart has its reason whereof reason knows nothing." Tetapi kita mahukan alasan untuk menerangkan perasaan, terutama sekali mengenai cinta.

Apa yang aku nak tulis nanti mungkin satu alasan untuk memahami cinta tapi bukanlah satu definasi tepat bagaimana cinta harus diterjemahkan kerana pada aku cinta tidak mungkin boleh diterjemahkan, hanya digambarkan.

Bulan lepas aku menziarahi mak saudara aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro. Aku mengelongsori saluran-saluran yang dilangganinya sehinggalah aku berhenti di saluran National Geographic. Dokumentari hari itu mengenai seorang ahli saintis paling terkenal di dunia, Albert Einstein dengan kisah teori relativitinya.

Teori relativiti menyatakan: "Matter and energy are relative and light are constant." Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.

Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.

Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.

Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.

Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, "Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa" maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.

Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: "Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah." Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.

Bukankah cinta juga begitu?

Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.

Kepada mereka yang putus cinta, cinta sebenarnya tidak pernah putus cu ma dipantulkan semula oleh orang yang kita harap akan menyerap cinta kita. Masa saja yang akan menentukan bila dan siapakah yang akan sudi menyerap kuasa cinta kita untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi dirinya untuk memancarkan semula cinta kita kepada diri kita. Bukankah cinta sentiasa mengenai memberi dan bukan sekadar menerima sahaja.

Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?

Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlain. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cu ma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.

Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap. Dalam hal ini mungkin teori 'Noble Silent' dalam konsep Zen boleh diguna pakai. Bukanlah nak suruh kita semua pakat-pakat masuk agama budha dan jadi sami tapi rasanya kaedah yang baik untuk kehidupan tidak terbatas oleh tuntutan agama tertentu.

Noble Silent atau dalam bahasa melayunya, kesunyian yang mulia menuntut kita untuk keluar dari lingkup kebiasaan kehidupan untuk seketika. Mengasingkan diri dari dunia meta-fizika dan menyelami dunia spectral. Bertafakul dalam bahasa yang lebih mudah. Di situ kita mungkin boleh lebih memahami erti disebalik pengertian dan persoalan disebalik keraguan tentang kehidupan – tentang perasaan. Saat di mana kita keluar dari rangka jasad dan menilai diri sendiri dari perspective pihak ketiga – devosi kepada Maha Pencipta - bermuhasabah. Semoga dalam penilaian tersebut kita tidak lagi terkeliru dengan konsep cinta yang pelbagai dan berbagai-bagai rupa.

Cinta pada aku adalah abstrak dan datang dalam pelbagai kefahaman. Bergantung pada siapa yang menerimanya. Teori cubisme oleh Picasso dalam lukisan beliau boleh dijadikan gambaran bagaimana cinta boleh dipergambarkan dalam kepelbagaian sudut pemahaman dan pentafsiran. Apa yang kita sifatkan sebagai bentuk asal boleh dijelmakan dalam bentuk yang lain tanpa merubah sifat dan makna cinta itu sendiri.

Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.

Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita. Dan yang paling penting; fanaticism dalam cinta adalah suatu yang silap dan mereka yang mengamalkannya adalah golongan orang-orang yang kacau mentalnya.
"

Aku Tulis Blog Nih Pada 12:15 am
Komen (1)  

Sunday, November 27, 2005
Doa Buat semua Sahabatku....

 Doa Ini Untukmu Sahabat

     Ya Allah
             bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat
                    untuk menyedari manakala ia lemah
                 dan cukup berani menghadapi diri sendiri
            manakala diri takut

       jadikanlah dia
                  hamba yang selalu memiliki rasa bangga
          dan keteguhan dalam kekalahan
                 rendah hati serta jujur dalam kemenangan

            bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
                  mengetahui dan kenal akan diri sendiri
                 adalah dasar dari segala ilmu yang benar

          Ya Allah...
       janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
     bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup

                  bimbinglah dia
                   supaya teguh berdiri di tengah badai
                 berbelas kasih kepada mereka yang jatuh

             bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
                       dengan cita meninggi langit
             seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
                 sebelum ia berhajat memimpin orang lain
                seorang hamba yg menjangkau ke hari depan
                    tetapi tidak lupa akan masa lampau

                  Ya Allah...
                   dan setelah segala menjadi miliknya
       semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati
                tetapi jangan sesekali menganggap dirinya
                          terlalu berkesungguhan

                   berikanlah kepadanya kerendahan hati
                   kesederhanaan dari keagungan hakiki
                        fikiran cerah dan terbuka
                   bagi sumber kearifan dan kelembutan
                         dari kekuatan sebenarnya

                          Dan aku akan berbisik
                       "Hidupnya tidaklah sia-sia"
                            dan ia melafazkan
                         "Hayatku Penuh Bermakna"

Aku Tulis Blog Nih Pada 11:13 pm
Nak Komen??Klik Sini..  

Next Page

PL1
Catch Me If You Can :P

Jangan lah sesegan nak Vote tuh.. hehehe..






You'll Never Walk Alone...

Liverpool


Orang Sedang Online


Meh Ler Kita Borak2....
   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Who Am I ??


Meh Klik Sini !!!


Jom Skodeng Kat Sini..


Jiwang Dot Org
Meh Kita Chat
Komuniti MobileIRC.Net  NeoTech WebBlog
NetruDers Budak Bunian Blog


Buku Conteng2.. !!!

[ Ushar Buku Tetamu]
[ Conteng2 Buku



Ruangan Berita Terkini..

Utusan Malaysia Berita Harian
Harian Metro


Google



Jangan Lupa Copy N Paste Kat Blog Korang :)


Jom Join aku...!!
Meh ler Join !!


Masa !! Andai nya Dapat Ku Ulangi Detik Itu...


Mereka2 Yg Pernah Singgah Kat Sini....




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Company logos, Business logos and Corporate logos
Company Logos